SALAM DARI RUMPUN SARI

Assalammualaikum kawan-kawan

Selamat datang ke blog Rumpun..tak sangka dari minat yang melampau kepada tudung Ariani hingga menjadikannya sebagai business pulak...dah beribu duit Rumpun habis membeli tudung Ariani..

Pada mulanya Rumpun menjual tudung ala-ala Arianni pada kawan-kawan terdekat dekat office je..tapi sekarang makin melarat-larat pulak..dari kawan-kawan sekarang kawan atas kawan...alhamdullillah ..kadang-kadang kita tak tahu rezeki kita tu datang dari mane...

Tapi Rumpun sebenarnya menjual tudung nie hanyalah kerana minat kepada tudung ni dan seronok membeli dan menjualnya kepada kawan-kawan disamping berkongsi minat.
Sebab tue bila harga yang Rumpun jual adalah agak murah jika dibandingkan dengan pasaran atau yg ditawarkan oleh orang lain....

Dari menjual tudung dari mulut ke mulut...sekarang Rumpun pandai pulak jual dalam blog....buat blog nie sebenarnye tak de saper ajar Rumpun..Rumpun explore sendiri dalam internet..tak sangka menjadi pulak...jadi sebab tudung nie jugak...menjadikan Rumpun tidak ketinggalan dalam teknologi maklumat nie...my hubby pun tabik spring dengan Rumpun..al maklum le ..perempuan ni kalau beranak pinak ni ..ni umur dah masuk 36 tahun nie..malas nak explore benda-bendah menyesakkan kepala....balik pejabat...terus uruskan rumah tangga....memang menyeronokkan...

Entah kenape sejak kebelakangan nie minat Rumpun terhadap fesyen muslimah begitu mendalam..dalam kepala Rumpun nie bermacam-macam rancangan Rumpun....bagi Rumpun fesyen muslimah sekarang adalah lebih trendy dan ranggi.
Insyaallah suatu hari nanti, Rumpun akan membuka membuka butik khas untuk wanita muslimah yang ingin bergaya ranggi dan eksklusif....fesyen Abaya...Wow superb...kalau tengok minah-minah arab nie bergaya....nasib baik Rumpun nie ketinggian hanyalah 1.53 cm..kalau tak tak dah merambu Rumpun dengan fesyen Abaya nie...

Dua hari yang lepas Rumpun beli baju Punjabi Suit...untuk dinner untuk company husband sebenarnya....taklah ke Punjabian sangat..ade corak2 batik sikit...satu Malaysia le kononnye...baju tu lengan tak de...polos sampai bawah...kain chiffon...nanti Rumpun pakai inner le nanti...nak tau ape dalam kepala Rumpun....fesyen nie boleh kita adapt untuk dijadikan fesyen muslimah ....cantiknye...

Kalau butik Rumpun buka nanti,...Rumpun nak jadikan fesyen nie sebagai produk Rumpun..yang boleh dipasarkan...aduh..geramnye..hati Rumpun....mudahan-mudahan by 40 ...butik Rumpun Sari Collection akan menjadi kenyataan..bukan menjual baju sahaja tapi memperkenalkan fesyen muslimah yang ranggi khas untuk remaja dan wanita muslimah yang ingin bergaya eksklusif.....

Macam butik Al-Munawarrah..kalau nak ikut apelah yang dijual dibutik al Munawarrah...sehingga ade kawan Rumpun yang begitu taksub dengan produk-produk yang dijual dibutik tersebut...walaupun barangnya begitu mahal dan kalau dibeli diluar atau Jalan TAR adalah jauh lebih murah...
tapi itulah kuasa pada nama...ingat Munawarrah...orang tahu produknye hebat.....tapi bagi Rumpun ...biarlah kita membeli barang pada KUALITI BUTIK PADA HARGA PASAR MALAM dari membeli KUALITI BUTIK HARGA BUTIK atau kadang-kadang kalau nak dipikirkan...KUALITI PASAR MALAM HARGA BUTIK itu lagi hampeh....

Okeylah kawan-kawan..nanti Rumpun sambung lagi.....

Wednesday 23 November 2011

GAYA WANITA PERTENGAHAN

Salam

GAYA WANITA PERTENGAHAN... Jika kita lihat sekarang, wanita pertengahan dan ke atas semakin pandai bergaya dan memilih pakaian yang sesuai dengan usia masing-masing. RS terbaca artikel dalam berita harian hari nie, berdasarkan kepada statistik wanita pertengahan lebih pandai bergaya daripada anak-anak muda... emmm.

Pada pandangan RS bukan sebab wanita pertengahan lebih pandai bergaya tetapi rasanya pada ketika umur 30 dan ke atas pendapatan kita sudah agak stabil dan mampu untuk membeli barang-barang untuk mencantikan diri. RS teringat masa mula-mula RS mula berkerja dahulu...Bukan ada modal pun nak beli baju baru masa mula-mula masuk kerja. Jadi pakai aja baju yang ada dan tempahlah dua tiga pasang baju kurung. Itu pun atas ikhsan kakak bagi sedikit modal untuk buat baju kurung. Tapi sekarang pada peringkat pertengahan nie, gaji pun dah agak tinggi sikit. Jadi kalau sekadar nak beli hand bag harga ratusan sikit tak ada masalah. Tapi belum sampai standard ribuan lagi.

Disamping itu, wanita-wanita sekarang bukan sahaja sudah pandai bergaya tetapi juga mereka juga sudah pandai menjaga kesihatan dan ambil berat pasal berat badan masing-masing. Bagi RS yang paling penting diperingkat pertengahan ini adalah tahap kesihatan. Jangan-janganlah RS dapat penyakit yang paling ditakuti oleh semua wanita petengahan nie.

Bagi RS petua paling munjarab diusia awal pertengahan ini adalah ketenangan jiwa. Jika jiwa kita tidak tenang ia akan terserlah diair muka kita. Jauhkah daripada perasaan irihati dan hasad dengki. Jadi RS yang tergolong dalam kumpulan pertengahan ini, usia bukan pengukur segalanya.

Tuesday 22 November 2011

FINANCIAL FREEDOM

Salam

FINANCIAL FREEDOM...Tak sabar untuk mencapai tahap ini. Rasanya dengan makan gaji bulan ke bulan, hampir 50% daripada pendapatan hanyalah untuk membayar hutang rumah, kereta, tuition anak-anak dan macam-macam lagi.

Jika hutang rumah tue, rasanya berbaloilah juga ia suatu investment..tapi kalau hutang kereta atau membeli barang-barang yang susut nilai kene fikir-fikirkan juga...Kene tahan nafsu sikit..jangan orang tukar kereta kita pun tukar kereta.....

Ramai orang mengukur kekayaan seseorang dengan melihat dari luaran, rumah besar, kereta besar, baju berjenama, kasut berjenama boleh katakan hebatlah...Orang yang duduk dirumah yang serdahana, kereta biasa yang kalau diikutkan tak boleh masuk ke lebuh raya dah adalah orang yang tak berduit..baju boleh dikata tidak bertukar ganti..kasut jenama bata..buatan Malaysialah semua..tak standard nie...

Tapi yang sebenarnya orang yang mementingkan gaya ini yang sebenarnya orang yang miskin, hidup dikelilingi hutang..Ramai orang tak menyedarinya...belanja anak makan di restoren pun pakai kredit kad..Jika dahulunya orang pakai kredit kad tue nampak hebat tapi rasaya sekarang ni kalau beli barang pakai kredit kad tu rasanya orang yang tak berduit.. Kerana apabila kita pakai kredit kad maksudnya kita berbelanja melebihi kemampuan kita. Kerana sekarang sudah ada debit kad..

Berapa banyak pun gaji kita memang tak pernah akan cukup kerana manusia tidak pernah akan rasa cukup.
Kadang-kadang kita melihat, ada orang yang sudah berumur 50 ke atas baru hendak membeli rumah. Kemudian ada yang membuat renovation rumah melibat ratusan ribu... Pernahkan mereka terfikir kita mungkin akan hidup untuk 20-30 tahun lagi. Beli kereta baru pada usia 50 tahun.

Itu belum dikira membeli gajet-gajet yang bertukar-tukar setiap bulan. Canggih hingga tak mampu untuk mengikutinya. Sepatutnya pada ketika itu kita sudah membuat persediaan kewangan selepas bersara. Bukan masih lagi pening membayar hutang-hutang rumah, kereta dll. Dan ada yang mengeluarkan duit caruman EPF untuk membeli kereta mewah...

Jadi pastikan kita bersedia dengan insuran nyawa, insuran pelajaran untuk anak-anak dan FINANCIAL FREEDOM bagi persediaan dihari tua. Apa pun hiduplah secara serdahana..Janganlah berbangga dengan harta dunia kerana kita tak mampu mengikut arusnya.
Salam

RUMPUN SARI